Showing posts with label Inap Lestari. Show all posts
Showing posts with label Inap Lestari. Show all posts

Friday, 20 April 2018

Katil Bayi Kesayangan

Zaman anak-anak membesar memang merupakan suatu saat yang indah buat ibu bapa. Setiap keperluan anak akan cuba dipenuhi terutamanya demi si bayi comel. Contohnya, katil bayi akan cuba disediakan oleh mak ayah agar anak-anak mendapat keselesaan ketika tidur dan juga selamat untuk bermain dalam kawasan katil.

Cumanya, bila semua anak-anak sudah membesar dan bersekolah, katil-katil comel itu akan terbiar tanpa kehadiran si comel kecil. Mulalah ibu ayah terfikir untuk melelong katil berkenaan di Mudah.my ataupun mengiklankannya di Facebook. Kami pun mulanya terfikir begitu untuk melapangkan sedikit ruang di rumah kecil kami.

Namun, sejak akhir-akhir ini ramai pula pengunjung yang mempunyai bayi kecil menginap di Inap Lestari. Jadi, kami memutuskan untuk meletakkan katil bayi kami di homestay agar ia dapat memberi manfaat dan keselesaan buat pengunjung yang mempunyai anak kecil. Selain itu, katil bayi kesayangan kami ini akan tetap bersama kami bersama memori indah momen-momen pembesaran anak-anak :)

Kami menyediakan katil bayi dan kanak-kanak untuk keselesaan pengunjung yang mempunyai anak kecil.

Friday, 18 November 2016

Warna-warni Inap Lestari

Ketika mengemas homestay baru-baru ini, secara tiba-tiba rasa teringin untuk mengambil gambar cadar yang telah siap dikemas pada setiap bilik. Bila digabungkan gambar-gambar ini, rasa menarik juga untuk dikongsikan di sini sebagai rekod simpanan kami dan juga, mudah-mudahan, menjadi rujukan buat bakal tetamu di Inap Lestari :)
Pandangan katil bagi kesemua bilik di Inap Lestari.
Pelbagai corak cadar mewarnai bilik-bilik di Inap Lestari.

Bila digabungkan gambar-gambar bilik sebelum ini, rasa semacam suatu "koleksi" set cadar pula.. Mungkin menarik sekiranya dikumpulkan semua gambar bilik apabila siap dikemas setiap kali kunjungan tetamu kami untuk simpanan dan tatapan kami di kemudian hari; juga rekod servis kepada tetamu-tetamu kami di Inap Lestari.
Gabungan gambar-gambar bilik ketika pertama kali mengiklankan Inap Lestari.

Tuesday, 25 August 2015

Promosi Pembukaan Inap Lestari

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Kami, warga Inap Lestari, menawarkan servis rumah penginapan / homestay untuk anda yang berkunjung ke Utara Malaysia. Homestay ini terletak di Taman Ilmu Indah Nibong Tebal. Lokasi ini amat strategik dan berdekatan dengan Kampus Kejuruteraan USM, ILP Nibong Tebal, MRSM Transkrian dan Kolej Vokasional Nibong Tebal. Ianya juga hampir dengan pekan Parit Buntar, Bandar Baharu dan Stesen KTM Nibong Tebal dan Parit Buntar. Sila klik maklumat homestay untuk maklumat lanjut homestay.

Kemudahan yang disediakan:
• 4 bilik tidur dilengkapi dengan penyaman udara dan kipas angin pada setiap bilik
• katil kanak-kanak dan toto tambahan
• peti sejuk, microwave oven dan perkakasan memasak
• water heater
• tv beserta saluran Astro njoi

Bersempena dengan pelancaran homestay kami disamping sambutan Bulan Kemerdekaan Malaysia dan pendaftaran pelajar di Kampus Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia (USM), kami menawarkan harga promosi RM300 untuk 2 malam, sah sehingga 30 September 2015. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Puan Hana di nombor 0197778170 / 0195186084 atau email kepada inaplestari@gmail.com. 



Selamat datang ke homestay kami; keselesaan anda keutamaan kami :)