Showing posts with label Makan-makan. Show all posts
Showing posts with label Makan-makan. Show all posts

Saturday, 23 September 2017

Jalan-jalan Pantai Timur 2017

Cuti sekolah merupakan antara waktu yang amat dinantikan oleh anak-anak. Pada cuti sekolah yang lalu iaitu pada penghujung Ogos 2017, kami sekeluarga telah berkunjung ke Pantai Timur buat kali pertama. Beberapa destinasi jalan-jalan dan juga makan-makan telah dikenalpasti melalui internet mahupun media massa. Rancangan "Taste Selebriti" di Terengganu yang dihoskan oleh Zizan telah lama membuatkan kami kecur air liur. Perjalanan kami ini lebih tertumpu kepada tempat-tempat di Terengganu dan diakhiri dengan menghadiri majlis perkahwinan di Kelantan. Sekembalinya kami ke Inap Lestari, kenderaan merekodkan perjalanan sejauh 1,116.3km.

Keindahan Pantai Timur melambai pengunjung untuk bercuti ke sana.
Perjalanan 4 hari 3 malam ke Pantai Timur bermula dari Inap Lestari ke Cameron Highland, Tasik Kenyir, Kualau Terengganu, Setiu, Kota Bharu dan kembali semula ke Nibong Tebal.

Port pilihan ramai untuk bergambar apabila tiba di Cameron Highland.

Petik strawberry dahulu buat bekalan anak-anak sepanjang perjalanan.
Berhenti makan tengahari di "Ki If Si" Gua Musang. Pengalaman pertama anak-anak dengan tulisan jawi di kebanyakan signboard kedai.
Perlu melalui Felda Aring sebelum sampai ke Tasik Kenyir.
Hanya singgah di tasik-tasik kecil sepanjang jalan di Kenyir. Kesuntukan masa tidak mengizinkan ke tempat utama kunjungan pelancong di Tasik Kenyir.
Sampai ke Perkampungan Gajah Kenyir sekitar 3.30pm; kami berkejaran ke tempat pertunjukan kerana "show" baru bermula.
Gajah-gajah dilatih oleh tenaga professional dari Thailand dan juga warga tempatan.
Anak-anak seronok dapat mandikan gajah; pengalaman unik untuk kenangan sepanjang hayat.

Warung Pok Nong yang begitu terkenal dalam kalangan pengunjung luar ke Terengganu; pengunjung sentiasa penuh dan perlu beratur panjang sebelum mendapat ikan, udang dan sotong celup tepung.
Restoran Nasi Dagang Kak Jah Bukit Besar, yang dicadangkan oleh Zizan dalam rancangan Taste Selebriti, tutup sepanjang kunjungan kami ke Terengganu.

Sepanjang jalan di Kampung Losong Hj Su dipenuhi dengan kedai-kedai keropok lekor.
Kedai Kak Yah Keropok Lekor antara kedai pilihan pengunjung.
Kedai Keropok Warisan Losong yang mengisi segmen Taste Selebriti.
Pintu gerbang Taman Tamadun Islam Terengganu. Taman ini berada di sekitar Kg Losong.
Kami solat Zohor di Masjid Kristal yang berada di dalam kawasan Taman Tamadun Islam.
Bermain di pantai yang putih merupakan satu kemestian buat pengunjung ke Terengganu.
Air buah gelas besar antara tarikan di Terengganu; kami sempat singgah di Kedai Air Buah Pak San.
Nasi Dagang Kak Pah memang membuatkan anda ingin datang lagi ke Terengganu.
Makan satar merupakan satu kemestian sekiranya berkunjung ke Terengganu; semestinya anda perlu cuba di kedai Pok Nor Satar seperti saranan Zizan dalam rancangan Taste Selebriti.
Pantai yang landai dan memutih sepanjang jalan di Setiu; SUBHANALLAH. Indahnya negaraku.
Singgah minum petang di kedai viral Ombak Pantai Celup Tepung di Setiu sambil bergambar bersama insan tersayang.
Cuti-cuti kami berakhir di Pantai Sabak, Kelantan; pantai bersejarah merekodkan permulaan perang dunia ke-2 di Tanah Melayu.


Sunday, 19 June 2016

Menu Istimewa Selepas Tarawih

Selepas tarawih, pasti ramai yang mencari makanan rare/istimewa di bulan Ramadhan. Antara yang terkenal di kawasan Nibong Tebal/Parit Buntar/Bandar Baharu ialah Restoran Kerang Mak Siti yang terletak di Sungai Acheh, P.Pinang. Bukan sekadar kawasan ini, malahan restoran ini telah dikenali oleh seluruh rakyat malaysia kerana ia telah mendapat banyak liputan media sebelum ini.

Pelbagai jenis kerang/siput dan makanan sampingan yang dijual. Antaranya kerang rebus, kerang bulu, siput duri, siput sudu, siput unam, siput bayam dan kepah. Kerang/siput dicuci bersih dan disaji dengan kuah kacang yang sedap. Menu lain juga ada dijual seperti laksa, bihun sup dan lain-lain.

Tetapi awas,, kena datang cepat, ramai orang berkunjung ke sini setiap hari terutamanya hujung minggu pada Ramadhan ini. Operasi kedai bermula 8.30malam sehingga 1.30 pagi. Lokasi kedai ialah di Sungai Acheh Pulau Pinang (koordinat: 5.145816, 100.438468).

Salam Ramadhan 1437H

Memang selalunya full house terutamanya hujung minggu. 

Antara kerang/siput yang kami cuba baru-baru ini.

Ada juga gerai sampingan yang menjual otak-otak dan sate. Semuanya panas-panas dan sedap.

Hanya 15 minit dari Homestay Inap Lestari.


Tuesday, 25 August 2015

Promosi Pembukaan Inap Lestari

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Kami, warga Inap Lestari, menawarkan servis rumah penginapan / homestay untuk anda yang berkunjung ke Utara Malaysia. Homestay ini terletak di Taman Ilmu Indah Nibong Tebal. Lokasi ini amat strategik dan berdekatan dengan Kampus Kejuruteraan USM, ILP Nibong Tebal, MRSM Transkrian dan Kolej Vokasional Nibong Tebal. Ianya juga hampir dengan pekan Parit Buntar, Bandar Baharu dan Stesen KTM Nibong Tebal dan Parit Buntar. Sila klik maklumat homestay untuk maklumat lanjut homestay.

Kemudahan yang disediakan:
• 4 bilik tidur dilengkapi dengan penyaman udara dan kipas angin pada setiap bilik
• katil kanak-kanak dan toto tambahan
• peti sejuk, microwave oven dan perkakasan memasak
• water heater
• tv beserta saluran Astro njoi

Bersempena dengan pelancaran homestay kami disamping sambutan Bulan Kemerdekaan Malaysia dan pendaftaran pelajar di Kampus Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia (USM), kami menawarkan harga promosi RM300 untuk 2 malam, sah sehingga 30 September 2015. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Puan Hana di nombor 0197778170 / 0195186084 atau email kepada inaplestari@gmail.com. 



Selamat datang ke homestay kami; keselesaan anda keutamaan kami :)