Sunday, 6 September 2015

Mandi manda di Homestay Nibong Tebal

Penginapan homestay di Nibong Tebal atau sekitar Parit Buntar dan Bandar Baharu kebiasaannya dijalankan di taman-taman perumahan ataupun kawasan perkampungan. Jadi, bagi sesiapa yang ingin mencari homestay yang mempunyai kolam renang / swimming pool di kawasan ini adalah amat sukar untuk diperolehi.

Namun, para pengunjung homestay di sekitar kawasan Nibong Tebal boleh melakukan aktiviti air dan berenang di kolam renang yang berdekatan. Contohnya, Bukit Jawi Golf Resort membuka kolam renang untuk kegunaan orang awam. Lokasinya amat dekat dengan Homestay Inap Lestari dan juga Kampus Kejuruteraan USM dengan jarak 5km dan hanya sekitar 6 minit memandu kereta ke sana. Ia dibuka setiap hari dari pukul 8pagi sehingga 7malam, cuma hari Selasa dibuka dari 2petang sehingga 7malam. Koordinat GPS: 5.184802, 100.513700 .
Pelbagai saiz kolam renang untuk semua peringkat umur.

Pandangan atas Bukit Jawi Golf Resort, Pulau Pinang

Sedikit caj dikenakan kepada pengguna kolam renang di Bukit Jawi Golf Resort. Caj seperti berikut bagi sekali masuk:
Dewasa = RM16
Kanak-kanak = RM8
Pelajar (dewasa) = RM12
3 tahun ke bawah = percuma
Caj yang dikenakan ke atas pengunjung biasa kolam renang di Bukit Jawi Golf Resort

Kolam renang ini sesuai untuk seisi keluarga untuk bermandi manda kerana terdapat pelbagai kolam dengan ketinggian berbeza di samping papan lungsur air yang boleh digunakan oleh kanak-kanak mahupun orang dewasa. Kebiasaannya ramai pengunjung pada sebelah petang.

p/s: Terdapat banyak lagi kawasan aktiviti air lain yang berdekatan contohnya kawasan Hutan Negeri Bukit Panchor, Bukit Merah Laketown Resort dan Air Terjun Junjung. 

No comments:

Post a Comment