Sunday 19 June 2016

Menu Istimewa Selepas Tarawih

Selepas tarawih, pasti ramai yang mencari makanan rare/istimewa di bulan Ramadhan. Antara yang terkenal di kawasan Nibong Tebal/Parit Buntar/Bandar Baharu ialah Restoran Kerang Mak Siti yang terletak di Sungai Acheh, P.Pinang. Bukan sekadar kawasan ini, malahan restoran ini telah dikenali oleh seluruh rakyat malaysia kerana ia telah mendapat banyak liputan media sebelum ini.

Pelbagai jenis kerang/siput dan makanan sampingan yang dijual. Antaranya kerang rebus, kerang bulu, siput duri, siput sudu, siput unam, siput bayam dan kepah. Kerang/siput dicuci bersih dan disaji dengan kuah kacang yang sedap. Menu lain juga ada dijual seperti laksa, bihun sup dan lain-lain.

Tetapi awas,, kena datang cepat, ramai orang berkunjung ke sini setiap hari terutamanya hujung minggu pada Ramadhan ini. Operasi kedai bermula 8.30malam sehingga 1.30 pagi. Lokasi kedai ialah di Sungai Acheh Pulau Pinang (koordinat: 5.145816, 100.438468).

Salam Ramadhan 1437H

Memang selalunya full house terutamanya hujung minggu. 

Antara kerang/siput yang kami cuba baru-baru ini.

Ada juga gerai sampingan yang menjual otak-otak dan sate. Semuanya panas-panas dan sedap.

Hanya 15 minit dari Homestay Inap Lestari.


No comments:

Post a Comment