Saturday 19 March 2016

Sempadan 3 Negeri: Pulau Pinang-Perak-Kedah

Terdapat 7 tempat yang mempunyai sempadan antara 3 negeri di Malaysia. Salah satunya ialah sempadan antara negeri Pulau Pinang, Perak dan Kedah. Geografi kawasan ini bertunjangkan Sungai Kerian yang memberi manfaat kepada aktiviti penduduk setempat sejak sekian lamanya khususnya kepada penduduk Nibong Tebal, Parit Buntar dan Bandar Baharu. Homestay Inap Lestari juga berada berdekatan dengan titik temu sempadan 3 negeri ini dan radius jaraknya hanya 3.5 kilometer.

3 negeri berjiran sekitar Sungai Kerian.


Titik temu 3 negeri ditanda dengan bendera kecil di atas (koordinat: 5.133220, 100.492497) . Juga, 10 tempat yang sering dikunjungi sekitar kawasan ini.

10 tempat utama (berdasarkan nombor yang ditanda pada gambar di atas) yang mungkin dikunjungi oleh tetamu Homestay Inap Lestari ialah seperti berikut:

1 - Kampus Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia (USM) yang merupakan salah satu cawangan USM yang memberi fokus pada bidang kejuruteraan.
2 - MRSM Transkrian yang juga berdekatan dengan SK Saujana Indah, SM Saujana Indah dan Taman Ilmu.
3 - Kolej Vokasional Nibong Tebal dan Institut Latihan Perindustrian Nibong Tebal yang besebelahan dengan Homestay Inap Lestari. Juga Klinik Kesihatan Bukit Panchor berada berdekatan.
4 - Institut Latihan PerdaTech.
5 - SMKA Sheikh Abdullah Fahim, dahulunya dikenali sebagai SMKA Nibong Tebal.
6 - Pekan Nibong Tebal yang mempunyai pelbagai pusat perniagaan. Juga Stesen KTM Nibong Tebal terletak bersebelahan Jalan Persekutuan.
7 - Antara lokasi tumpuan utama ialah di sekitar Jalan Sempadan di Permatang Tok Mahat. Terdapat Hospital Parit Buntar, Stesen KTM Parit Buntar yang merupakan destinasi perhentian servis ETS dan Kerian Sentral Mall yang kini menjadi pusat membeli belah utama di kawasan ini. Juga, banyak kedai makanan sepanjang Jalan Sempadan ini dan juga Pasar Kemboja yang terkenal sejak sekian lama.
8 - Perhentian Bas Parit Buntar yang mempunyai persinggahan bas ekspress dan juga bas setempat. Kawasan ini merupakan nadi utama pengangkutan awam di sini. Banyak pusat perniagaan sekitar kawasan ini dan amat terkenal sebagai pusat jualan pakaian di kawasan utara Malaysia.
9 - Pekan lama Parit Buntar yang mempunyai pelbagai pejabat pentadbiran kerajaan terutamanya Pejabat Kerajaan Daerah Kerian. Terdapat kawasan riadah yang sering dikunjungi oleh penduduk 3 negeri iaitu di Tepian Sungai Kerian dan juga Dewan Merdeka Parit Buntar berada dalam kawasan ini, yang juga sering menjadi tempat majlis rasmi Kerajaan Negeri Perak dan juga majlis keramaian.
10 - Pekan Bandar Baharu yang mempunyai pusat perniagaan dan Pasar Malam & Pasar Kemboja pada hari tertentu. Banyak kawasan permainan kanak-kanak di kawasan ini.

Pastinya, banyak lagi tempat menarik yang terdapat di sekitar kawasan sempadan 3 negeri ini. Sekiranya anda berkunjung ke Nibong Tebal, Parit Buntar dan Bandar Baharu dan perlukan tempat penginapan, jemput bertamu di Homestay Inap Lestari.



No comments:

Post a Comment