Sunday, 11 November 2018

Kerian Uptown mula beroperasi !

Bermula 10 November 2018, Kerian Uptown telah mula beroperasi di Pusat Bandar Parit Buntar pada setiap hari Sabtu dan Ahad. Waktu operasinya bermula sekitar 8pm sehingga 12 tengah malam.  Lokasinya ialah di Jalan Perwira, Parit Buntar, berhadapan dengan Tabung Haji Parit Buntar. Kenderaan pengunjung boleh diparkir di sepanjang jalan berkenaan atau di sekitar Pasar Awam Parit Buntar.
 
Pelbagai produk dan servis ditawarkan buat pengunjung Kerian Uptown. Jadi, buat penduduk di sekitar Sungai Kerian dari Parit Buntar, Nibong Tebal dan Bandar Baharu, sama-samalah kita menyokong para peniaga di Kerian Uptown.

p.s.: buat pengunjung Homestay Inap Lestari, sekiranya anda menginap di homestay kami di hujung minggu, anda boleh turut sama memeriahkan Kerian Uptown yang hanya lebih kurang 10 minit perjalanan dengan kereta. 

Kerian Uptown beroperasi setiap Sabtu & Ahad, 8 hingga 12 malam, di Pusat Bandar Parit Buntar.

Friday, 9 November 2018

Promosi MAPS Perak

Baru-baru ini semasa Karnival Sinar Harapan 2018 di Parit Buntar, Perak, pihak Movie Animation Park Studios (MAPS) telah menawarkan promosi tiket MAPS dengan  hanya RM45 untuk setiap kemasukan. Kami sekeluarga tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan tiket promosi ini untuk 5 ahli keluarga berusia 4 tahun ke atas. Manakala kanak-kanak 3 tahun ke bawah tidak dikenakan yuran masuk. 

Dengan jarak sekitar 115km dari Homestay Inap Lestari, perjalanan ke MAPS dijangkakan sekitar 1jam 20minit. Tidak terlalu jauh dan boleh bergerak terus dari rumah untuk ke sana tanpa menginap di Ipoh. Pastinya anak-anak tidak sabar lagi untuk ke sana sempena musim cuti sekolah nanti :)

Harga promosi MAPS dengan hanya RM45 bagi setiap kemasukan.

5 pass masuk untuk kami sekeluarga.

Friday, 20 April 2018

Katil Bayi Kesayangan

Zaman anak-anak membesar memang merupakan suatu saat yang indah buat ibu bapa. Setiap keperluan anak akan cuba dipenuhi terutamanya demi si bayi comel. Contohnya, katil bayi akan cuba disediakan oleh mak ayah agar anak-anak mendapat keselesaan ketika tidur dan juga selamat untuk bermain dalam kawasan katil.

Cumanya, bila semua anak-anak sudah membesar dan bersekolah, katil-katil comel itu akan terbiar tanpa kehadiran si comel kecil. Mulalah ibu ayah terfikir untuk melelong katil berkenaan di Mudah.my ataupun mengiklankannya di Facebook. Kami pun mulanya terfikir begitu untuk melapangkan sedikit ruang di rumah kecil kami.

Namun, sejak akhir-akhir ini ramai pula pengunjung yang mempunyai bayi kecil menginap di Inap Lestari. Jadi, kami memutuskan untuk meletakkan katil bayi kami di homestay agar ia dapat memberi manfaat dan keselesaan buat pengunjung yang mempunyai anak kecil. Selain itu, katil bayi kesayangan kami ini akan tetap bersama kami bersama memori indah momen-momen pembesaran anak-anak :)

Kami menyediakan katil bayi dan kanak-kanak untuk keselesaan pengunjung yang mempunyai anak kecil.

Monday, 26 March 2018

Simbiosis kehidupan: Khidmat DOBI

Pada setiap kejadian makhluk, pasti ada kekurangannya. Begitu juga dengan Homestay Inap Lestari yang tidak mempunyai mesin basuh untuk digunakan oleh tetamu kami. Ini kerana kekangan ruang dan juga keperluan membasuh yang jarang-jarang diperlukan oleh pengunjung yang tinggal satu atau dua hari.

Namun, sekiranya ada bakal pengunjung yang memerlukan khidmat dobi, terdapat 2 buah kedai dobi di Taman Ilmu Indah, Nibong Tebal, yang sangat hampir dengan Homestay Inap Lestari. Sebuah kedai berkonsep layan diri dan dibuka 24 jam manakala sebuah lagi menawarkan perkhidmatan pencucian sehingga siap sepenuhnya. Anda boleh memilih mengikut kesesuaian diri/keluarga.

Begitulah kehidupan kita ini yang perlu saling melengkapi antara satu sama lain umpama proses simbiosis dalam alam semesta.

Kedai DOBI yang jaraknya kurang 100m dari Homestay Inap Lestari, Taman Ilmu Indah, Nibong Tebal, Pulau Pinang.

Wednesday, 14 March 2018

Stadium Negeri Batu Kawan, Pulau Pinang

Hanya sekitar 15 hingga 20 minit dari Inap Lestari, anda boleh sampai ke Stadium Negeri Batu Kawan. Seperti tertera pada namanya, stadium ini terletak di Batu Kawan, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang. Kawasan ini bakal menjadi bandar besar tidak lama lagi berdasarkan pembangunan pesat yang sedang berlangsung di sana seperti Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah yang menghubungkan Batu Maung di bahagian pulau, pembinaan kilang-kilang yang sebahagiannya telah beroperasi, pusat membeli belah seperti Penang Design Village & IKEA, pusat pengajian tinggi dan kawasan perumahan.

Sejak daripada tahun 2000 bersempena Sukan Malaysia (SUKMA) ke-8, Stadium Batu Kawan telah menjadi venue penting untuk penganjuran pelbagai aktiviti sukan seperti bolasepak dan juga permotoran. Pada hujung minggu ini juga, terdapat 2 aktiviti utama yang bakal dilangsungkan iaitu:
1 - Penang Motorshow Entreprenuership (17-18 Mac 2018)
2 - Shopee Piala FA 2018, PenangVsPerak (17 Mac 2018)

Jadi, buat para peminat bolasepak Pulau Pinang dan juga Perak, rancanglah perjalanan anda kerana dikhuatiri sedikit kesesakan akan berlaku. Bak kata orang utagha "AWAI TAK KALUT" ;)

Aktiviti di Stadium Batu Kawan pada Sabtu, 17 Mac 2018.