Pada setiap kejadian makhluk, pasti ada kekurangannya. Begitu juga dengan Homestay Inap Lestari yang tidak mempunyai mesin basuh untuk digunakan oleh tetamu kami. Ini kerana kekangan ruang dan juga keperluan membasuh yang jarang-jarang diperlukan oleh pengunjung yang tinggal satu atau dua hari.
Namun, sekiranya ada bakal pengunjung yang memerlukan khidmat dobi, terdapat 2 buah kedai dobi di Taman Ilmu Indah, Nibong Tebal, yang sangat hampir dengan Homestay Inap Lestari. Sebuah kedai berkonsep layan diri dan dibuka 24 jam manakala sebuah lagi menawarkan perkhidmatan pencucian sehingga siap sepenuhnya. Anda boleh memilih mengikut kesesuaian diri/keluarga.
Begitulah kehidupan kita ini yang perlu saling melengkapi antara satu sama lain umpama proses simbiosis dalam alam semesta.
Kedai DOBI yang jaraknya kurang 100m dari Homestay Inap Lestari, Taman Ilmu Indah, Nibong Tebal, Pulau Pinang. |
No comments:
Post a Comment