Bermula 10 November 2018, Kerian Uptown telah mula beroperasi di Pusat Bandar Parit Buntar pada setiap hari Sabtu dan Ahad. Waktu operasinya bermula sekitar 8pm sehingga 12 tengah malam. Lokasinya ialah di Jalan Perwira, Parit Buntar, berhadapan dengan Tabung Haji Parit Buntar. Kenderaan pengunjung boleh diparkir di sepanjang jalan berkenaan atau di sekitar Pasar Awam Parit Buntar.
Pelbagai produk dan servis ditawarkan buat pengunjung Kerian Uptown. Jadi, buat penduduk di sekitar Sungai Kerian dari Parit Buntar, Nibong Tebal dan Bandar Baharu, sama-samalah kita menyokong para peniaga di Kerian Uptown.
p.s.: buat pengunjung Homestay Inap Lestari, sekiranya anda menginap di homestay kami di hujung minggu, anda boleh turut sama memeriahkan Kerian Uptown yang hanya lebih kurang 10 minit perjalanan dengan kereta.
Kerian Uptown beroperasi setiap Sabtu & Ahad, 8 hingga 12 malam, di Pusat Bandar Parit Buntar. |