Homestay / rumah tetamu di Nibong Tebal Pulau Pinang (selesa dan fully aircond) dan aktiviti berkaitan sekitar Kampus Kejuruteraan USM, Parit Buntar dan Bandar Baharu.
Monday, 3 February 2020
Ringkas tapi begitu bermakna
Sunday, 29 December 2019
MRSM Transkrian, Nibong Tebal, Pulau Pinang
Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Transkrian yang terletak di Nibong Tebal, Pulau Pinang, akan menerima kedatangan pelajar baharu dan kepulangan para pelajar lama di awal tahun baharu ini. Cuaca yang cerah sekarang ini menjadikan suasana sekitar MRSM begitu tenang dan damai di waktu pagi, Alhamdulillah. Semoga anak-anak di sini dapat belajar dengan baik dan menjadi pelajar cemerlang di dunia dan akhirat ❤️
Jika ada para ibu bapa yang memerlukan tempat menginap semasa menghantar anakanda ke MRSM Transkrian, Homestay Inap Lestari sedia memberikan servis terbaik buat ayahanda ibunda sekeluarga. Lokasi kami hanya sekitar 5 minit ke MRSM. Hubungi Puan Hana di 0197778170 untuk maklumat lanjut.
Thursday, 1 August 2019
Kejohanan Memanah MSSM 2019
Jom saksikan kehebatan anak muda kita yang datang dari seluruh negara 👍🏼
Sunday, 31 March 2019
Hanya 5 minit
1 - Institut Latihan Perindustrian (ILP) Nibong Tebal
2 - Kolej Vokasional Nibong Tebal
3- Kampus Kejuruteraan USM
4 - MRSM Transkrian
4 tempat pengajian berasrama yang hanya kurang 5 minit dari Homestay Inap Lestari. |
Sunday, 11 November 2018
Kerian Uptown mula beroperasi !
Kerian Uptown beroperasi setiap Sabtu & Ahad, 8 hingga 12 malam, di Pusat Bandar Parit Buntar. |
Friday, 9 November 2018
Promosi MAPS Perak
Harga promosi MAPS dengan hanya RM45 bagi setiap kemasukan. |
5 pass masuk untuk kami sekeluarga. |
Friday, 20 April 2018
Katil Bayi Kesayangan
Cumanya, bila semua anak-anak sudah membesar dan bersekolah, katil-katil comel itu akan terbiar tanpa kehadiran si comel kecil. Mulalah ibu ayah terfikir untuk melelong katil berkenaan di Mudah.my ataupun mengiklankannya di Facebook. Kami pun mulanya terfikir begitu untuk melapangkan sedikit ruang di rumah kecil kami.
Namun, sejak akhir-akhir ini ramai pula pengunjung yang mempunyai bayi kecil menginap di Inap Lestari. Jadi, kami memutuskan untuk meletakkan katil bayi kami di homestay agar ia dapat memberi manfaat dan keselesaan buat pengunjung yang mempunyai anak kecil. Selain itu, katil bayi kesayangan kami ini akan tetap bersama kami bersama memori indah momen-momen pembesaran anak-anak :)
Kami menyediakan katil bayi dan kanak-kanak untuk keselesaan pengunjung yang mempunyai anak kecil. |
Monday, 26 March 2018
Simbiosis kehidupan: Khidmat DOBI
Kedai DOBI yang jaraknya kurang 100m dari Homestay Inap Lestari, Taman Ilmu Indah, Nibong Tebal, Pulau Pinang. |
Wednesday, 14 March 2018
Stadium Negeri Batu Kawan, Pulau Pinang
Sejak daripada tahun 2000 bersempena Sukan Malaysia (SUKMA) ke-8, Stadium Batu Kawan telah menjadi venue penting untuk penganjuran pelbagai aktiviti sukan seperti bolasepak dan juga permotoran. Pada hujung minggu ini juga, terdapat 2 aktiviti utama yang bakal dilangsungkan iaitu:
1 - Penang Motorshow Entreprenuership (17-18 Mac 2018)
2 - Shopee Piala FA 2018, PenangVsPerak (17 Mac 2018)
Jadi, buat para peminat bolasepak Pulau Pinang dan juga Perak, rancanglah perjalanan anda kerana dikhuatiri sedikit kesesakan akan berlaku. Bak kata orang utagha "AWAI TAK KALUT" ;)
Aktiviti di Stadium Batu Kawan pada Sabtu, 17 Mac 2018. |
Saturday, 23 September 2017
Jalan-jalan Pantai Timur 2017
Keindahan Pantai Timur melambai pengunjung untuk bercuti ke sana. |
Perjalanan 4 hari 3 malam ke Pantai Timur bermula dari Inap Lestari ke Cameron Highland, Tasik Kenyir, Kualau Terengganu, Setiu, Kota Bharu dan kembali semula ke Nibong Tebal. |
Port pilihan ramai untuk bergambar apabila tiba di Cameron Highland. |
Petik strawberry dahulu buat bekalan anak-anak sepanjang perjalanan. |
Berhenti makan tengahari di "Ki If Si" Gua Musang. Pengalaman pertama anak-anak dengan tulisan jawi di kebanyakan signboard kedai. |
Perlu melalui Felda Aring sebelum sampai ke Tasik Kenyir. |
Hanya singgah di tasik-tasik kecil sepanjang jalan di Kenyir. Kesuntukan masa tidak mengizinkan ke tempat utama kunjungan pelancong di Tasik Kenyir. |
Sampai ke Perkampungan Gajah Kenyir sekitar 3.30pm; kami berkejaran ke tempat pertunjukan kerana "show" baru bermula. |
Gajah-gajah dilatih oleh tenaga professional dari Thailand dan juga warga tempatan. |
Anak-anak seronok dapat mandikan gajah; pengalaman unik untuk kenangan sepanjang hayat. |
Warung Pok Nong yang begitu terkenal dalam kalangan pengunjung luar ke Terengganu; pengunjung sentiasa penuh dan perlu beratur panjang sebelum mendapat ikan, udang dan sotong celup tepung. |
Restoran Nasi Dagang Kak Jah Bukit Besar, yang dicadangkan oleh Zizan dalam rancangan Taste Selebriti, tutup sepanjang kunjungan kami ke Terengganu. |
Sepanjang jalan di Kampung Losong Hj Su dipenuhi dengan kedai-kedai keropok lekor. |
Kedai Kak Yah Keropok Lekor antara kedai pilihan pengunjung. |
Kedai Keropok Warisan Losong yang mengisi segmen Taste Selebriti. |
Pintu gerbang Taman Tamadun Islam Terengganu. Taman ini berada di sekitar Kg Losong. |
Kami solat Zohor di Masjid Kristal yang berada di dalam kawasan Taman Tamadun Islam. |
Bermain di pantai yang putih merupakan satu kemestian buat pengunjung ke Terengganu. |
Air buah gelas besar antara tarikan di Terengganu; kami sempat singgah di Kedai Air Buah Pak San. |
Nasi Dagang Kak Pah memang membuatkan anda ingin datang lagi ke Terengganu. |
Makan satar merupakan satu kemestian sekiranya berkunjung ke Terengganu; semestinya anda perlu cuba di kedai Pok Nor Satar seperti saranan Zizan dalam rancangan Taste Selebriti. |
Pantai yang landai dan memutih sepanjang jalan di Setiu; SUBHANALLAH. Indahnya negaraku. |
Singgah minum petang di kedai viral Ombak Pantai Celup Tepung di Setiu sambil bergambar bersama insan tersayang. |
Cuti-cuti kami berakhir di Pantai Sabak, Kelantan; pantai bersejarah merekodkan permulaan perang dunia ke-2 di Tanah Melayu. |